Monday, February 8, 2010

Dokemen Diperlukan

0

DOKUMEN UNTUK PEMBELIAN KERETA

.

Soalan:
Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak Bank untuk pinjaman pembelian kereta?

Jawapan:

Dari pengalaman berurusan dengan pihak Bank, 4 dokumen ini sudah memadai untuk mendapat pinjaman kereta:

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen Memandu*
3. Salinan Slip Gaji (3 bulan)
4. Salinan Bank Statement (terbaru)

*Sekiranya anda belum lagi mempunyai lesen memandu kereta yang sah, lesen kelas D, anda masih boleh memohon pinjaman kereta melalui 2 cara berikut:

1. Pinjaman dengan AMBANK. Selain salinan IC, Penyata gaji 3 bulan dan penyata bank terkini, anda hanya perlu menyertakan dua keping gambar bersaiz IC anda.

2. Dalam kes permohonan pinjaman yang memerlukan penjamin, jika penjamin anda mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda.

Baru-baru ini, melalui pengalaman membuat pinjaman bank untuk pembeli saya, ada kes-kes tertentu, MAYBANK melepaskan pinjaman pembeli yang hanya memiliki lesen motorsikal sahaja.


DOKUMEN SOKONGAN
Namun dalam keadaan tertentu, pihak Bank akan meminta dokumen sokongan tambahan, contohnya:

1. Salinan Surat Tawaran Kerja
2. Salinan Surat Pengesahan Kerja
3.
Salinan Diploma atau Ijazah
4. Salinan
Penyata KWSP Terbaru
5.
Salinan Borang EA

Jadi sekiranya anda ingin memudahkan atau mempercepatkan lagi lagi urusan proses Pinjaman anda, sebaiknya anda menyertakan salinan dokumen tersebut untuk tujuan di atas.

.

No Response to "Dokemen Diperlukan"

Post a Comment