Monday, February 8, 2010

General Info

4
MYVI KERETA COMPACT TERBAIK 2009
Melalui kaji-selidik yang dijalankan oleh J.D. Power Asia Pacific 2009, untuk tiga tahun berturut-turut, Myvi dinobatkan sebagai Kereta Compact paling berkualiti di Malaysia.

Untuk segmen pertengahan, Honda City berada di tempat teratas, diikuti oleh Toyota Vios kedua dan Proton Saga BLM ketiga.



.
JANGAN TINGGAL LAPTOP DALAM KERETA

Selain kehilangan Laptop dan data/ maklumat penting di dalamnya, cermin kereta anda juga mungkin dipecahkan. Nasihat kami, jangan tinggalkan Laptop anda dalam kereta anda. Kini terdapat alat elektronik yang boleh mengesan Laptop sama ada dalam keadaan ONN atau pun OFF.

.
PENAMATAN EXCHANGE PROGRAMME

Kami ingin memaklumkan Proton dan Perodua telah menamatkan Program Tukar-Beli kereta lama anda bernilai rm5,000 dengan pembelian sebuah kereta baru kereta keluaran mereka.

____________________________________________________

We wish to inform Proton and Perodua have stopped Exchange Programme of an old car worth rm5,000 when buying a new car of theirs.

.

PILIHAN MANUAL. 100% LOAN. POPULAR BUY.


Jika kereta MANUAL pilihan anda, dibawah adalah jadual bayaran untuk 9 tahun dengan pinjaman 100% tanpa duit muka, tanpa deposit, tanpa duit booking.

MODEL

PRICE RM

MONTHLY

RM

MYVI 1.0 STANDARD

39,400

487

MYVI 1.3 STANDARD

43,300

536

MYVI 1.3 PREMIUM

46,700

578

VIVA 660 BASIC

24,900

308

VIVA 660 STANDARD

28,500

342

VIVA 850 STANDARD

32,500

393

VIVA 1.0 ELITE SX

37,500

458

BLM 1.3 B-LINE

36,498

452

BLM 1.3 M-LINE

38,498

569

PERSONA 1.6 B-LINE

45,900

563

PERSONA 1.6 M-LINE

50,300

619

NEO 1.6 B-LINE

43,900

543

NEO 1.6 M-LINE

48,500

600



Untuk promosi dan tawaran harga terbaik, hubungi kami.





TOPENG MUKA. LANGKAH MENCEGAH H1N1


Penularan wabak H1N1 terutama pada musim hujan dan perayaan ini memerlukan langkah-langkah pencegahan dari kita sendiri. Salah satu langkah pencegahan yang dicadangkan adalah pemakaian topeng muka '3-Ply Surgical Face Mask'.

Sekiranya anda memerlukan '3-Ply Surgical Face Mask', seperti gambar di atas, kami menawarkan harga yang berpatutan.

Satu kotak mengandungi 50 unit topeng muka, dijual pada harga rm30. Pembelian 10 kotak ke atas, kami akan menghantar secara percuma untuk kawasan KL dan Lembah Klang.


Cash on Delivery (CoD)
Ready Stock



PILIHAN AUTO. 100% LOAN. POPULAR BUY.

.
Sekiranya anda bercadang membeli kereta baru dengan pinjaman 100%, di bawah adalah jadual harga dan bayaran bulanan untuk panduan budget anda dalam merancang dan mengurus kewangan anda.

Jika kereta AUTO pilihan anda, dibawah adalah jadual bayaran untuk 9 tahun, pinjaman 100%, tanpa duit muka, tanpa bayaran apa-apa.

MODEL

PRICE RM

MONTHLY

RM

MYVI 1.3 STD

46,900

580

MYVI 1.3 PREMIUM

49,700

615

VIVA 1.0 BASIC

36,900

456

VIVA 1.0 ELITE EX

40,900

506

BLM 1.3 B-LINE

39,498

489

BLM 1.3 M-LINE

41,498

513

PERSONA 1.6 B-LINE

48,900

605

PERSONA 1.6 M-LINE

53,300

660

NEO 1.6 B-LINE

46,900

580

NEO 1.6 M-LINE

51,500

637

SURIA 1.1 LS

35,750

435

SURIA 1.1 GLS

37,550

457

ATOS 1.1

39,000

475



Untuk promosi dan tawaran harga yang terbaik, hubungi kami:

HP 019 338 7710 (KR)
Email: allcar.negotiator@yahoo.com

.

BELI KERETA BARU ATAU SECOND-HAND?


Melalui pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri, kebanyakan pembeli kereta terpakai (second hand) beranggapan harga kereta second-hand jauh lebih murah dari harga kereta baru.

Sebenarnya anggapan ini kurang tepat. Sebagai contoh, lihat perbandingan harga baru dan harga second-hand kereta Toyota Vios Auto Spec J (Spec paling rendah), tidak termasuk insurans dan road tax:



VIOS J BARU 2009
Harga rm71,443-50. Tolak diskaun dari kami rm2,000. Harga bersih rm69,443
Mileage (batuan) 0 - 100km sahaja.
Faedah bank 2.88% - 3.50%
Warranty 3 tahun / 100,000km
Pembiayaan - Deposit rm1,650
Pakai - puashati


VIOS J TERPAKAI 2008
Harga second-hand rm67,800. Campur proses loan, proses JPJ, proses tukar nama, proses itu, proses ini rm1,500. Harga bersih rm69,300.
Mileage 20,000 - 25,000km.
Faedah bank 4.00% - 5.50%
Warranty - Mungkin sudah mansuh (void)
Pembiayaan - deposit rm5,000
Pakai - Belum tentu puashati

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat-nasihat dari kami berhubung pembelian kereta baru / kereta terpakai / brand untung-beli untung-pakai / brand popular dan sebagainya, kami sedia membantu anda percuma tanpa syarat. Kami mahu anda jadi pembeli yang bijak. Kami tidak mahu anda dimanipulasi.



MYVI VIVA BLM PERSONA NEO SURIA ATOS GETZ MANUAL

.
A little guidance before buying a new car 100% loan. The eight selected popular models are due to its within-budget price, proven qualities and attractive design amongst buyers.

100% LOAN. ZERO DOWN-PAYMENT.
MANUAL TRANSMISSION:


MODEL

PRICE

RM

MONTHLY

RM

MYVI 1.3 STD

43,900

540

VIVA 1.0 STD

36,000

442

BLM 1.3 B-LINE

36,500

452

PERSONA 1.6 B-LINE

45,900

568

NEO 1.6 B-LINE

43,900

543

SURIA 1.1



ATOS 1.1

37,000

425

GETZ 1.4

51,000

586



NOTES:

1. Suria MANUAL is not available for Malaysian's market

2. Monthly payment is calculated for 9 years' period

3. Interest rate is based on current market rate, that is, 3.65% for Perodua, 3.75% for Proton and 2.70% for NazaKia and Hyundai.

4. Selected models are based on popular demand and Metallic's color.

5. Prices shown are after deducting discounts for certain models, inclusive road tax & insurance. Discount varies from time to time for different models.

On top of that, we offer you extra discount or a lot of free gifts. You decide.

We ourselves are buyers like you.
We ourselves want honest service like you.
We ourselves look for best price like you.




GAJI DAN PINJAMAN KERETA ANDA

BAYARAN BULANAN ANDA


Soalan
:
Saya bercadang ingin membeli Myvi, berapakah bayaran bulanan kena bayar dan bagaimanakah bayaran tersebut dikira?

Jawapan:

Bayaran bulanan dikira berdasarkan kepada 3 perkara asas berikut:
1. Jumlah pinjaman anda
Lebih tinggi jumlah pinjaman, lebih tinggi bayaran bulanan.

2. Kadar faedah semasa bank
Lebih tinggi kadar faedah bank, lebih tinggi bayaran bulanan.

3. Tempoh masa pembayaran balik
Lebih
pendek tempoh masa bayaran balik, lebih tinggi bayaran bulanan.

Pembayaran pinjaman sewa beli dikira mengikut kaedah
garis lurus yang mudah (simple straight-line).

CONTOH:

Katalah anda bercadang membuat pinjaman Myvi anda rm40,000 dalam tempoh masa 9 tahun. Kadar faedah semasa 3.75%.

Sekarang anda tahu 3 perkara asas yang disebutkan di atas:
1. Jumlah pinjaman anda rm40,000
2. Kadar faedah semasa bank 3.75%
3. Tempoh masa pembayaran balik 9 tahun

KIRAAN:

Jumlah pinjaman anda: rm40,000
Jumlah keseluruhan faedah 9 tahun adalah: rm40,000 x 3.75% x 9 tahun = rm13,500
Jumlah kos pembiayaan anda: Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = rm40,000 + rm13,500 = rm53,500

Maka; bayaran bulanan anda = Jumlah kos pemilikan bahagi dengan Jumlah bulan bayaran semula:
rm53,500 bahagi (9 tahun x 12) = rm53,500 / 108 bulan = rm495.37 / bulan.

Atau, anda cuma perlu masukkan nilai sahaja, sistem akan kira untuk anda, klik web dibawah:



.

SYARAT DAN TERMA PINJAMAN 100%

Siapa dan apakah model untuk syarat pinjaman 100%?


Soalan:
Saya cukup berminat dengan MyVi SE. Boleh tak saya mendapat pinjaman 100% untuk MyVi 1.3 (A) SE?


Jawapan
:
Mengikut Prosedur Standard Operasi bank (Bank's Standard Operating Procedure), jumlah pinjaman kereta baru hanya untuk pembiayaian 90% dari harga kereta tersebut, 10% lain perlu dibayar sebagai duit muka oleh pembeli.

Tetapi, sekiranya anda kakitangan kerajaan atau badan berkanun (MARA, TNB etc), dengan gaji melebihi 1/3 atau 33% daripada bayaran bulanan tersebut, anda layak/ boleh mendapatkan melalui skim potongan gaji dengan
BANK RAKYAT tetapi kadar faedah 4.25%. Satu kadar yang tinggi berbanding dengan bank-bank lain. MAYBANK misalnya menawarkan kadar faedah 3.65% .

Dan, potongan ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% balance gaji anda.

Jika anda kakitangan swasta, anda tidak boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk MyVi SE. Untuk kakitangan swasta, hanya model yang harganya lebih rendah dari nilai pinjaman 90% model tertinggi sahaja boleh mendapat pinjaman 100%. Kaedah ini selalunya disebut 'mark-up model'. Melalui kaedah ini, pembelian MyVi (A) standard akan dibuat dengan pinjaman MyVi SE (A).

Atau, jika hanya terdapat satu spesifikasi sahaja, contohnya MyVi 1.0 (M), nilai pinjaman akan dinaikkan melalui tambah-nilai aksesori.

Kenapa MyVi SE tidak boleh dapat pinjaman 100%?

Jawapannya, MyVi SE adalah spesifikasi yang paling tinggi dan lengkap aksesorinya, sebab itulah 'mark-up model' atau 'mark-up aksesori' tidak boleh dilakukan.

Mark-up loan hanya boleh diguna-pakai untuk spesifikasi Myvi standard sahaja, dengan mark-up loan kepada MyVi SE.

Jadi sekiranya anda bukan kakitangan Kerajaan atau badan berkanun tertentu, untuk membeli MyVi SE, anda perlu mengeluarkan 10% duit muka. Kecuali dalam tempoh-tempoh promosi tertentu, jika Perodua memberi diskaun sehingga rm5,000 kepada model MyVi. Memandangkan MyVi adalah model yang sangat laris dan popular, kemungkinan ini tidak mungkin berlaku.

.

MEMBELI KERETA JIKA TIADA LESEN

Adalah satu kebiasaan, bank menetapkan salah satu syarat untuk kelulusan pinjaman kereta adalah pemohon mesti mempunyai lesen kelas D, iaitu lesen memandu kereta.

Bagaimana jika pemohon tidak mempunyai lesen berkenaan?

Pemohon masih boleh mendapat pinjaman kereta. Dengan 2 cara berikut:

1. Pinjaman dengan AMBANK. Selain salinan IC, Penyata gaji 3 bulan dan penyata bank terkini, anda hanya perlu menyertakan dua keping gambar bersaiz IC anda. Itu sahaja.

2. Dalam kes permohonan pinjaman yang memerlukan penjamin, jika penjamin anda mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda. Itu sahaja.

Melalui pengalaman membuat pinjaman bank untuk pembeli saya, ada kes-kes tertentu, MAYBANK melepaskan pinjaman pembeli yang hanya memiliki lesen motorsikal sahaja.

.

KADAR FAEDAH TERKINI: PEMBELIAN KERETA


Berikut adalah maklumat tentang kadar faedah terkini.

Kadar faedah berbeza mengikut 3 faktor berikut:

1. Brand kereta
2. Kekuatan status pembeli
3. Bank


1. BRAND KERETA
Secara umumnya:

A. Kereta Nasional, Proton dan Perodua, kadar faedahnya antara 3.65% - 4.25%

B. Kereta Continental, Jepun dan Korea, kereta recond AP, kadar faedahnya anatara 2.40% - 2.88%

C. Untuk menarik pembeli, terdapat brand dan model tertentu yang menawarkan faedah yang lebih rendah atau tiada faedah langsung, contohnya Naza Spectra, BMW, Chevrolet, melalui skim Credit mereka sendiri. Misalnya, BMW Credit menawarkan kadar faedah 1.38% untuk kereta mereka.


2. KEKUATAN STATUS PEMBELI
Contoh, kakitangan Kerajaan dan badan berkanun seperti TNB, Telekom etc, selalunya dianggap sebagai pembeli yang ada status dan kekuatan jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat kecil. Yang pertamanya, mereka dianggap akan terus kekal bekerja sehingga pencen. Yang keduanya, gaji mereka setelah dicampur dengan elaun tetap, secara purata adalah cukup tinggi dan selesa, jika dibandingkan dengan kakitangan swasta. Oleh itu, selalunya kadar faedah mereka adalah yang rendah.

3. BANK

Beberapa contoh:

A. Bank Nasional, kakitangan Kerajaan sahaja, kereta Nasional 3.75%

B. Maybank, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Perodua 3.65%, Proton 3.75%

C. Ambank, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Perodua 3.65%, Proton 3.75%

Ketiga-tiga faktor di atas mempengaruhi kadar faedah setiap pembelian kereta baru.

Untuk pembelian kereta terpakai (second-hand) melalui syarikat-syarikat kereta terpakai, kadar faedahnya lebih tinggi, terkini antara 4.50% hingga 6.0%, bergantung kepada model kereta, kekuatan status pembeli, bank dan usia kereta berkenaan. Lebih tua usianya, lebih tinggi kadar faedahnya.

Kami akan terus mengemaskini maklumat terbaru untuk pembaca kami. Terima kasih atas kunjungan anda.



.

PROTON MPV EXORA - PELANCARAN APRIL INI.

Photo terkini yang tersebar dikalangan penulis-penulis laman dan blog kereta. Berdasarkan photo, bentuk MPV ini, kelihatan seakan Mazda5. Kita tunggu sebab kata pepatah, rupa tidak selalunya seindah gambar.


Dari pandangan tepi dan hadapan:

Proton MPV Exora


Mazda5



Exora Coklat / Hitam


Mengikut laporan berita, Exora mempunyai 7 tempat duduk ini mensasarkan harga di bawah rm80,000- Menggunakan engine 1.6 Campro CPS. Kuasa kuda 120ps. Torque 140Nm.

Menurut Proton, Exora bukan nama sejenis bunga, dan bukan nama sejenis haiwan dan juga bukan nama sejenis tumbuhan. Exora adalah sebutan nama yang tidak memberi sebarang makna. Pemilihan nama sudah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai. Kalau mengikut ejaan Ixora, adalah sejenis bunga. Ejaan Ezora, adalah nama seorang perempuan. Mungkin nama Exora dipilih supaya bunyinya seakan Evora. Lotus Evora.

Secara peribadi, ada banyak nama lain yang lebih menarik dan mempunyai makna untuk disebut.

Warna pilihan: Coklat, Hitam, Perak, Biru tua, biru muda.



Photo dari pandangan belakang:

Exora

Mazda5

Fuel Comsumption by cars' model

Source: As claimed by MyPerodua.com

TIPS DAN CARA-CARA JIMAT MINYAK

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh membantu penjimatan kereta anda. Menjimatkan minyak bererti anda menjimatkan duit. Langkah ini berpunca dari dua faktor utama yang perlu diambil perhatian:

1. Cara pemanduan anda
2. Penjagaan kereta
___________________________

BAB I: CARA PEMANDUAN ANDA
___________________________

Pandu secara konsisten dan steady
Pemanduan konsisten dan steady meliputi aspek berikut:

A1. Kekal pada kelajuan yang sesuai
Pandulah kereta anda pada kadar yang sesuai dengan CC kereta anda. Pastikan meter RPM anda tidak mencapai tahap yang tinggi. RPM yang sesuai adalah dibawah 3000. Caranya, jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekan secara lembut dan steady.

Biasanya pada kadar dibawah 100km sejam, banyak menjimatkan minyak.

Gear 1-2-3-4-5

Untuk kereta manual, kedudukan gear mempengaruhi penggunaan petrol. Biasanya gear 1 untuk gerak mula, gear dulu kelajuan bawah 20km/j, gear 3 antara 20km/j – 40km/j, gear 4 anatar 40km/j – 80km/j, dan gear 5 untuk kelajuan meleibihi 80km/j. Secara umum, pada kedudukan gear 5, adalah yang paling jimat minyak.

A2. Elakkan pecutan (acceleration) deras
Kelajuan dan pecutan adalah dua perkara yang berbeza. Pecutan adalah kadar masa yang diambil untuk satu kelajuan dari kelajuan sebelumnya. Lebih singkat masa diambil, lebih deras pecutannya. Pecutan deras melibatkan deruman rpm yang tinggi. Untuk jimat minyak, elakkan pecutan sebegini, pandulah dengan steady.

A3. Elakkan tekan brake secara mengejut
Menekan brake secara mengejut selalunya mengujakan dengan bunyi seretan tayar. Anda juga merasa anda pelumba. Sebenarnya perbuatan ini bukan sahaja merbahaya tapi banyak makan minyak.

A4. Rancang Perjalanan anda
Untuk perjalanan jauh, terutama musim perayaan, pastikan anda merancang perjalanan anda. Anda perlu bijak meneka masa yang paling sibuk.

Tips ini juga sesuai untuk pemanduan di bandar. Perhatikan kesesakan jalan dan cuba cari masa yang sesuai dan jalan alternative. Menghampiri lampu isyarat misalnya, anda tidak perlu memecut dan brake mengejut. Pandu dengan steady.

B. Pengunaan air-cond
Saya kurang berminat untuk menyebutkan perkara ini, terutama untuk pemandu di bandar. Hanya disebabkan untuk berjimat minyak, anda perlu menyedut habuk-habuk jalan dan udara kotor karbon dari asap kereta lain, berpeluh-peluh kepanasan dengan trafik yang sesak. Secara peribadi, ini tidak praktikal.

Suatu fakta yang menarik, memandu pada kelajuan atas 80km/j, menggunakan air-con sebenarnya lebih menjimatkan. Membiarkan tingkap terbuka menyebabkan halangan aliran aero-dynamic kereta anda.
__________________________

BAB II: PENJAGAAN KERETA
_________________________

A. Pastikan tekanan angin tayar anda betul
Jangan biarkan tayar kereta anda kempis. Tayar kempis juga membahayakan keselamatan anda, mencepatkan tayar botak dan memberi kesan tidak baik kepada kereta anda. Disebabkan kelecehan, kita selalunya malas nak isi angin. Tayar biasanya hilang angin disebabkan terlanggar lubang, bump jalan dan sebagainya. Pastikan juga alignment dan balancing tayar anda dalam keadaan baik.

Rajin-rajinkanlah isi angin tayar anda mengikut yang ditetapkan pengeluar, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau rasa alignment dan balancing tayar dah lari, pergi kedai tayar untuk pelarasan. Gunakan tayar yang disyorkan oleh pengeluar.

B. Rim tayar yang sesuai
Rim tayar yang sesuai adalah mengikut spesifikasi pengeluar dan CC kereta anda. Rim yang besar dan berat akan meningkatkan penggunaan minyak anda.

C. Elakkan membawa muatan berat yang tidak perlu.
Jangan jadikan kereta anda menjadi stor menyimpan barang. Menjadikan kereta anda sebagai stor bukan sahaja meningkatkan penggunaan minyak, tetapi kereta anda kelihatan serabut.

D. Penyelenggaraan berjadual
Servis engine kereta anda mengikut jadual yang ditetapkan. Misalnya setiap 5000km, 10,000km batuan (mileage) mengikut spesifikasi minyak pelincir anda dan nasihat mekanik anda. Engine yang lancar, bukan sahaja penting untuk memastikan kereta anda tidak bermasalah, bahkan membantu menjimatkan minyak. Selalulah bertanya kepada mekanik anda dan cuba ambil tahu setiap komponen tersebut. Tidak susah sebenarnya.

Semasa servis menukar minyak pelincir, anda perlu tahu apa parts yang patut diperhatikan:

1. Penapis-udara (air-filter)
Kalau penapis-udara masih ok, tak payahlah ganti. Kalau setakat kotor sikit-sikit, minta mekanik tu bersihkan. Kalau kotor sebab dah lama ganti, baru ganti yang baru. Penapis-udara yang kotor menghalang aliran udara masuk ke dalam engine. Mengikut kajian, penapis-udara yang kotor boleh menyebabkan 10% kenaikan penggunaan minyak.

2. Penapis-minyak (oil-filter)
Secara umumnya, oil-filter akan diganti setiap kali anda menukar minyak pelincir (selalunya disebut minyak hitam) anda.

3. Spark Plugs
Spark Plugs yang kotor dan haus, perlu diganti yang baru.
_______________________________________

Sukar untuk mempraktikkan tips di atas?
Kesukaran yang saya alami hanyalah dalam perkara kelajuan. Sukar sebenarnya, terutama untuk perjalanan balik kampung, untuk memandu di bawah 100km/j. Yang lain-lain tu, Insyaallah ok.
.

NST / Maybank Car of the Year 2008




NST / Maybank Car of the year award is a collective opinion of 12 senior Malaysian motoring journalists. They have unanimously agreed to award the coveted prize to Mazda6 for having a next to perfect balance between performance and comfort, two factors demanded by executive car buyers.

In comparison to its presumably direct rivals, Toyota Camry and Honda Accord, in terms of sales, Mazda6 is not doing well here, in Malaysia.

Perkara yang perlu diketahui sebelum beli kereta

Pembelian kereta merupakan komitment berat jangka panjang. Beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum anda membeli kereta idaman anda.



Kos Pemilikan

Kos pemilikan termasuklah kos bayaran bulanan, kos maintenance, road tax dan insurans, kos alat-ganti (spare-parts). Anda mestilah mengambilkira kedudukan kewangan dengan kos pemilikan sebelum membeli kereta tersebut. Adakah anda mampu untuk menanggung beban tersebut? Adakah anda merasa berbaloi dengan kos pemilikan tersebut dengan kepuasan atau faedah dari kereta tersebut? Jika jawapanya ya, anda boleh meneruskan hasrat memiliko kereta tersebut. Jangan beli kereta hanya untuk bergaya, sedangkan dari segi kewangan amat membebankan anda.



Kualiti dan daya tahan (Quality and reliability)

Ada kereta yang cukup daya tahan. Dipakai bertahun-tahun tapi masih steady. Kereta yang sebegini banyak membantu menjimatkan kos maintenance anda. Ada kereta yang baru pakai sebulan dua, sudah mengalami pelbagai masalah meragam kerana kualiti pembuatan yang kurang baik. Ini bukan sahaja menyebabkan poket anda berkurangan, malah membuang masa anda.



Masalah alat-ganti (Spare-parts)

Anda harus merujuk kepada mekanik bengkel atau kenalan sama ada dari forum atau kawan-kawan yang sudah memiliki kereta tersebut tentang kemudahan mencari alat ganti tersebut. Kesukaran mendapatkan alat-ganti akan menyebabkan kereta anda mungkin tersadai lama tanpa dapat dimanfaatkan kegunaannya.



Penjimatan minyak

Dalam keadaan harga petroleum yang sukar diramal, anda harus mengambil-kira penggunaan minyak sesebuah kereta. Anda boleh membaca review pengguna, ujian yang dijalankan oleh badan tertentu dan maklumat yang diberikan oleh pengeluar. Kereta yang jimat minyak membantu menjimatkan kocek anda.



Ciri-ciri keselamatan kereta

Kereta moden didatangkan dengan banyak ciri-ciri keselamatan. Airbags, ABS, EBD dan sebagainya. Dalam membeli kereta baru anda harus menimbangkan ciri-ciri keselamatan sesebuah kereta.



Bilangan keluarga anda

Keluarga yang besar memerlukan MPV untuk membawa semua ahli keluarga. Kereta kecil, seperti Perodua Kancil, tidak seharusnya disumbatkan lebih dari 4 orang dewasa kerana saiznya yang kecil. Ini membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.



Nilai Jual semula (Resale value)

Anda juga harus mengambil kira nilai jual semula kereta tersebut. Ada kereta yang jatuh nilainya secara mendadak setelah hanya beberapa tahun dibeli. Kejatuhan nilai mendadak ini menyebabkan kereta anda tidak boleh dijual dengan harga baik dan menyukarkan anda untuk menukar-ganti (trade-in) kereta tersebut. Justeru, anda terpaksa mengeluarkan top-up yang banyak sekiranya anda inginkan menukar kereta tersebut kepada model terbaru.


Kawan-kawan diminta menambah faktor-faktor lain, dalam ruangan comments, yang harus dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kereta. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Thank you.

4 Response to General Info

February 7, 2011 at 4:42 AM

saya berminat membeli myvi premium manual..
ape doc diperlukan??
tpi basic sya sgat rendah..

August 10, 2015 at 12:06 AM

Hello, saya Encik, Mark pemberi pinjaman pinjaman peribadi
dan disahkan yang memberikan peluang seumur hidup untuk mencari
pinjaman. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang
atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda?
Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah
anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? kerana kita
berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda sesuatu
masa lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu
memerlukan bantuan kewangan, wang untuk membayar bil, hutang, atau
untuk melabur di rumah pada 2%. Saya ingin menggunakan media ini
untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan perniagaan
dipercayai dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman kepada
anda di mana-mana bahagian dunia dan dalam mana-mana mata wang
Walaupun sehingga $ 7000000 USD ..
Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: markander121@gmail.com

  
Yang ikhlas,
Mark Pelaburan Pinjaman

May 13, 2016 at 6:03 AM

Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.

Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

email: cashfirmarena@gmail.com


Selamat sejahtera
Sir Joel Williams
FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
Ketua Pegawai Eksekutif
TEL: +60183723787
E-mel: cashfirmarena@gmail.com
Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

March 2, 2018 at 10:42 PM

Hai, nama saya adalah Mr victor. Saya pribadi
pemberi pinjaman yang memberikan
pinjaman kepada individu swasta dan perusahaan. Apakah kamu
telah ditolak
oleh begitu banyak bank? Apakah Anda butuh keuangan?
membangun bisnis Anda? Melakukan
Anda butuh keuangan untuk perluasan bisnis Anda
bisnis? Atau apakah kamu butuh a
pinjaman pribadi Pinjaman saya berkisar dari pribadi ke
pinjaman usaha Saya
Suku bunga sangat terjangkau serendah 2% dan pinjaman kita
Prosesnya sangat cepat
baik. Saya sangat bersedia untuk membuat semua keuangan Anda
masalah hal
masa lalu. Jika Anda benar-benar siap untuk mendapatkan
masalah keuangan
dipecahkan, Lalu cari tidak lebih jauh dan mengajukan pinjaman
hari ini.

Jika anda tertarik Balas Email: financialchoice3@gmail.com
dan apa sapp +2348029085063 untuk info lebih lanjut
TERIMA KASIH
MR VICTOR DONARD

Post a Comment